Jangan Terkejut Ini Gambar Neelofa Masa Zaman Sekolah

 

Jangan Terkejut Ini Gambar Neelofa Masa Zaman Sekolah

Sebut sahaja nama Neelofa, semua orang pasti membayangkan wanita yang jelita dan penuh dengan kredibiliti. Bukan sahaja seorang Pelakon, tetapi juga merupakan pengacara, usahawan dan model iklan yang terkenal di Malaysia.

Dilahirkan pada 10 Februari 1989, di Pasir Mas, Kelantan, beliau merupakan anak ketiga daripada sembilan adik-beradik, dan mempunyai lima adik-beradik berlainan bapa.

Bukan sahaja terkenal dengan kejelitaannya tetapi Lofa juga merupakan seorang yang bijak dari zaman sekolah lagi.

Selepas meraih pencapaian cemerlang dalam UPSR (ujian sekolah rendah) iaitu 5A, Neelofa menyambung pengajian di sekolah menengah, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi, seterusnya mencapai semua A dalam kedua-dua peperiksaan, PMR mahupun SPM iaitu masing-masing 8A dan 10A.

Bapanya berketurunan Melayu, manakala ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed pula berdarah kacukan Pakistan dan Arab.

Menuntut di pusat pengajian tinggi, beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Kolej Universiti Sunway (kini Universiti Sunway) di Bandar Sunway, Selangor.

Khas buat anda, berikut kami kongsikan 4 keping foto Neelofa sewaktu zaman persekolahannya.

 

Jangan Terkejut Ini Gambar Neelofa Masa Zaman Sekolah

Jangan Terkejut Ini Gambar Neelofa Masa Zaman Sekolah

Biodata Neelofa

NAMA PENUH: Noor Neelofa Mohd Noor
TARIKH LAHIR: 10 Februari 1989
USIA: 22 tahun
ASAL: Pasir Mas, Kelantan
KARIER: Pelakon, pengacara dan model
KELUARGA: Anak ketiga daripada sembilan beradik
DARAH CAMPURAN: Ayah (Melayu) dan ibu (Pakistan-Arab)
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda, Perniagaan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University College, Bandar Sunway, Selangor (tahun kedua)
PENCAPAIAN: Juara Dewi Remaja 2010
IKLAN TV: Antaranya Nokia, Silky Girl, Fair & Lovely dan F&N Fruit Tree
KLIP VIDEO: Kau Bukan Aku nyanyian kumpulan Tilu
DRAMA: Kasih Najihah (TV9)
FILEM: Azura (versi baru)
PENGACARAAN: Paparazzi terbitan KRU Studios, boleh diikuti menerusi www.tonton.com.my
ARTIS NAUNGAN: KRU Studios selama setahun

Kredit : mediahijrah.com